Selama ini terdapat begitu banyak jumlah wanita-wanita yang telah saya
dimaklumkan berkahwin dengan lelaki-lelaki Muslim (dan juga lelaki bukan-Islam
menikah dengan wanita Islam), dan saya juga mengetahui banyak kes-kes
menyedihkan dengan terjadinya peristiwa-peristiwa tragis yang telah menyusul di
dalam kehidupan pasangan seperti ini. Itulah sebabnya saya mengkaryakan makalah
ini. Saya berharap ia dapat dibaca dan ditelaah sedalam-dalamnya oleh para
wanita (dan juga lelaki) bukan-Islam yang sedang mempertimbangkan pernikahan
dengan seorang Muslim atau untuk memeluk agama Islam atau kedua-duanya sekali,
agar makalah ini dapat menimbulkan kesangsian dan kemusykilan di dalam diri
mereka dan menyebabkan mereka memikirkan kembali hasrat tersebut, berdasarkan
kepada fakta-fakta yang penting.
Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini saya telah juga banyak berbincang
dengan gadis-gadis yang telah menikah dengan orang-orang Muslim dan saya
tanyakan mereka apakah tindakan wajar yang harus kita lakukan atau yang mungkin
boleh menghentikan tindakan mereka atau mengubah fikiran mereka. Setiap seorang
dari mereka telah memberitahu saya, kononnya 'tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan'
oleh sesiapa pun kerana mereka sudah begitu dilanda dan dilamun kegilaan jatuh
cinta sehingga mereka sudah menjadi buta kepada apa juga risiko dan
tanda-tanda amaran bahaya yang akan menyusul kemudiannya! Mereka telah
terjerumus ke dalam perangkap ini yang telah mejeratkan mereka secara
perlahan-lahan! Begitu malang sekali!
Jadi apakah
ibubapa, sanak-saudara, sahabat handai dan pemimpin-pemimpin atau ahli-ahli
gereja boleh dan harus lakukan untuk membantu seorang wanita (atau lelaki)
Kristian yang sedang merancang untuk berkahwin dengan seorang Muslim?
1.
Yang pertama boleh dilakukan ialah untuk menjalin
hubungan yang rapat dengan orang yang dalam keadaan itu dan menjadi pendengar
yang baik.
Untuk ibubapa ini adalah sangat penting, terutama sekali jika anda tidak senang dengan hubungan atau tindakan-tindakan puteri atau putera anda. Apa yang anda harus lakukan ialah untuk berdiri di samping mereka dan menyayangi serta mengambil berat terhadap mereka. Apa juga tanda-tanda penentangan atau kritikan dari anda ada potensi membuat mereka lebih keras hati untuk meneruskan rancangan dan perhubungan mereka. Ambillah sikap terbuka dan mintalah mereka meluahkan perasaan-perasaan mereka yang sebenar tentang keadaan itu, kerana biasanya mesti terdapat beberapa keraguan di dalam hati mereka. Jemputlah teman lelaki (atau perempuan) atau tunang mereka ke rumah anda untuk beramah-mesra seperti makan bersama-sama, jadilah teman kepadanya dan cuba untuk mempengaruhinya. Jangan menahan diri dari bercakap mengenai kepercayaan agama anda.
Untuk ibubapa ini adalah sangat penting, terutama sekali jika anda tidak senang dengan hubungan atau tindakan-tindakan puteri atau putera anda. Apa yang anda harus lakukan ialah untuk berdiri di samping mereka dan menyayangi serta mengambil berat terhadap mereka. Apa juga tanda-tanda penentangan atau kritikan dari anda ada potensi membuat mereka lebih keras hati untuk meneruskan rancangan dan perhubungan mereka. Ambillah sikap terbuka dan mintalah mereka meluahkan perasaan-perasaan mereka yang sebenar tentang keadaan itu, kerana biasanya mesti terdapat beberapa keraguan di dalam hati mereka. Jemputlah teman lelaki (atau perempuan) atau tunang mereka ke rumah anda untuk beramah-mesra seperti makan bersama-sama, jadilah teman kepadanya dan cuba untuk mempengaruhinya. Jangan menahan diri dari bercakap mengenai kepercayaan agama anda.
2.
Ramai wanita dan lelaki bukan-Islam memeluk Islam dalam
keadaan jahil tentang Islam. Bantulah mereka memahami Islam dan budaya Islam,
agar mereka boleh menjadi orang yang bermaklumat dan berhemah sebanyak mungkin
apabila mereka perlu membuat keputusan nanti. Para pemimpin gereja,
panatua-panatua (elders) dan ketua-ketua gereja yang lain hendaklah
mendidik jemaat-jemaat mereka tentang bagaimana memahami Islam dan
implikasi-implikasi keseluruhan yang timbul akibat memeluk agama itu, termasuk
bagaimana untuk menangani implikasi-implikasi tersebut.
3.
Berilah galakan kepada pasangan itu untuk memanjangkan
proses pertunangan mereka untuk masa yang lebih lama lagi daripada
mengurangkan masa pertunangan itu atau berkahwin dengan secepat-cepatnya.
4.
Untuk wanita-wanita bukan-Islam yang mengahwini
lelaki-lelaki Muslim, adalah lebih bermanfaat bagi mereka (wanita-wanita ini)
untuk menandatangani perjanjian pra-pernikahan terlebih dahulu. Ini akan
membolehkan seorang wanita itu mendapat bahagiannya dan syer dari aset-aset
(harta-benda dan warisan) sekiranya berlaku perceraian. Kita telah melihat
bahawa walau di Barat pun ramai wanita mengahwini orang-orang Muslim hanya
dengan upacara agama di masjid (tanpa mendaftar perkahwinan itu mengikut
undang-undang sivil) maka apabila terjadi penceraian wanita itu akan tertakluk
kepada hukum Syariah dan perkahwinan itu akan dianggap hanya sebagai satu kes bersekedudukan.
Para peguam juga sering mengeluarkan wasiat mengikut hukum syariah untuk
lelaki-lelaki Muslim di mana pihak wanita mendapat hanya sebahagian kecil
daripada aset-ase atau hartat suami-isteri. Bagi wanita-wanita yang berada di
luar negara-negara Barat, adalah juga perlu menandatangani perjanjian
pra-perkahwinan untuk memastikan hak mengambil anak jika berlaku perceraian.
Perjanjian-perjanjian pra-pernikahan (pre-nuptial agreement) kini sudah
menjadi amalan yang biasa di banyak negara di dunia.
5.
Lebih daripada segala-galanya; “berdoalah tanpa
berhenti” dan dapatkan sahabat handai untuk sama-sama berdoa. Serahkanlah
keadaan itu kepada doa syafaat. Doakan Kuasa Tuhan akan bekerja di dalam
keadaan seperti itu.
Menimbulkan
Isu-isu Kerohanian Setelah Seseorang Menjadi Muslim
Di dunia barat,
kita sering keraguan untuk bercakap secara terbuka mengenai kepercayaan agama
kita. Dan sudah menjadi “peraturan kesopanan” agar orang jangan sekali-kali
menimbulkan dua perkara, iaitu agama dan politik. Keadaan ini tidak berlaku di
luar dunia barat, lebih-lebih lagi di dalam budaya Islam. Di dunia Islam adalah
menjadi kebiasaan untuk berbincang mengenai perkara-perkara kerohanian, malah
adalah dianggap tidak normal jika perkara seperti ini tidak ditimbulkan.
Kehidupan harian dan agama begitu berkait rapat sehingga bagi seorang Muslim
pemisahan antara dua perkara ini tidak mungkin berlaku. Oleh itu seorang Muslim
akan tanpa segan bercakap mengenai kepercayaannya secara terbuka dan dia juga
menyangka kita umat Kristian mempunyai keterbukaan yang sama. Sebagai orang
Kristian, janganlah segan untuk berbual-bual atau berbincang mengenai
kepercayaan Kristian dengan saudara-saudara Islam kita; tetapi kita hendaklah
sentiasa berbuat demikian dengan kearifan dan sedar akan reaksi mereka mengenai
beberapa ajaran-ajaran yang mungkin mereka kurang faham atau sudah salah-faham,
selama ini.
Bolehkah kita bertanya orang Islam tentang kepercayaan mereka? Tentu
sekali boleh! Kita boleh menanyakan soalan-soalan mengenai kepercayaan mereka
dan lain-lain aspek agama Islam. Selalunya adalah lebih bermanfaat bagi
kedua-dua pihak untuk menghindarkan daripada berdebat mengenai teologi dan
akidah kerana ini boleh membawa kepada kekusutan; contohnya boleh timbul
pertelagahan untuk mendebatkan hal-hal Tritunggal atau kerasulan Muhammad.
Perkara yang boleh berbicara dengan hati orang ialah perkongsian kesaksian
peribadi kita atau jawapan-jawapan doa yang telah dikabulkan Tuhan kepada
doa-doa kita. Hadiahkanlah kepada mereka senashkah Perjanjian Baru (PB) (kerana
ramai sekali umat Islam hari ini tidak pernah membaca mahu pun menelaah
kandungan Kitab Suci Injil atau PB itu!)) dan doakan agar Tuhan akan
mencelikkan hati dan minda mereka.
Wajah Islam
yang Tersembunyi
Terdapat banyak
wajah agama Islam. Terdapat Islam tradisional yang menjelaskan
persoalan-persoalan mengenai kehidupan, kematian, neraka, alam abadi, orang
percaya dan orang tidak percaya. Inilah Islam yang kita sudah sedia kenali. Di
samping ini terdapat satu Islam yang popular, atau pun penampilan Islam yang
menjadi cara hidup, yang sering dipanggil “Islam rakyat desa” (folk Islam).
Ia juga boleh diandaikan sebagai 'Islam kehidupan harian untuk orang-orang
biasa'.
Islam mungkin adalah sesuatu agama yang aneh dan rumit untuk difahami
orang-orang barat, kerana ia melibatkan suatu alam yang penuh dengan makhluk-makhluk
dan kuasa-kuasa jin-jin, roh dsbnya. Ia juga melibatkan para dukun/bomoh
(orang-orang 'berilmu'), tangkal-tangkal dan azimat, sumpahan dan
kutukan-kutukan, jin-jin (yang 'baik' dan yang 'jahat'), malaikat-malaikat dan
kuasa-kuasa roh yang menjadi sebahagian dari kehidupan sehari-hari umat Islam.
Terdapat amalan sejak zaman lampau, sehingga ke hari ini pun di mana
sembahyang-sembahyang Jumaat di beberapa masjid menyelitkan doa-doa untuk
mengutuk dan menghujat umat Yahudi dan Kristian. Jika seorang isteri Muslim
tidak mahu suaminya mengahwini seorang isteri yang kedua dia akan pergi
berjumpa dengan seorang pir/alim untuk memintanya agar membacakan
kutukan untuk menghalang hasrat suaminya itu. Di Timur kota London terdapat
iklan-iklan di akhbar-akhbar dan juga risalah-risalah yang dimasukkan ke dalam
kotak-kotak surat yang menawarkan untuk menyelesaikan masalah-masalah harian
dengan cara meletakkan kutukan dan sumpahan terhadap seseorang, dengan bayaran
upah.
Dunia Islam adalah dunia yang berbeza, satu dunia di mana kuasa-kuasa
jahat adalah satu realiti. Satu dari kuasa ini ialah mata jahat ('the evil
eye of Fatima'), kuasa yang orang-orang Muslim percayai boleh menghancurkan
kehidupan orang. Konsep asas mata jahat ini datang dari kepercayaan bahawa
setiap sesuatu yang berharga itu, sama ada ia orang atau benda, adalah sentiasa
dapat dilukai atau dirosakkan oleh perasaan irihati orang lain. Rasa irihati
ini dipancarkan dengan memandang kepada orang atau benda tersebut, maka sebab
itu ia dipanggil mata jahat. Ini adalah kuasa yang membawa kesan yang berat
terhadap kehidupan orang.
Dalam satu acara perjumpaan kami, seorang wanita bernama Joan telah
memohon kebenaran dari saya untuk menceritakan kisah luarbiasa mengenai
sahabatnya yang bernama Barbara. Sahabatnya itu adalah seorang Kristian yang
kuat imannya dan mempunyai pegangan akidah yang mantap, dan pernah menjadi
seorang pemimpin di dalam Persekutuan Kristian (Christian Union)
sewaktu dia di universiti. Selepas universiti dia telah bertemu dengan seorang
lelaki Muslim yang pernah menjadi pelajar sekelas dengannya di sekolah. Selepas
tempoh percintaan yang singkat, mereka telah berkahwin. Barbara telah
mendirikan rumahtangga hanya lapan bulan apabila di satu pagi dia terjaga
dengan tiba-tiba, terkejut bangun oleh fikiran yang dipenuhi ketakutan, “Apakah
yang telah kulakukan?” Katanya dia merasa seolah-olah sesuatu telah jatuh
dari atas tubuhnya dan ketika itu dia kembali kepada dirinya yang asal, orang
yang menjadi dirinya sebelum ia berkahwin. Dia percaya bahawa terdapat satu
kuasa iblis atau kongkongan sihir yang menghambat hidupnya. Kuasa ini telah
tiba-tiba terpecah dan fikirannya ketika itu sudah terang dan satu belenggu
telah jatuh dari dirinya. Hari itu juga dia mengemas barang-barangnya ke dalam
beg, meninggalkan suami Muslimnya dan bercerai daripadanya.
Satu daripada tindakan-tindakan yang pertama dilakukan oleh Muhammad
ialah memecahkan salib-salib. Di beberapa negara Islam hari ini salib tidak
dibenarkan di gereja-gereja dan kita sering mendengar bagaimana salib
menyebabkan rasa tersinggung dan marah di kalangan orang Islam. Orang-orang
Muslim percaya bahawa Isa (Yesus) akan datang kali yang kedua, tetapi mereka
percaya Dia akan datang sebagai seorang Muslim dan satu daripada tindakan-tindakan
pertama-Nya nanti ialah untuk membinasakan semua salib. Islam menafikan ajaran
akidah yang sangat central dan penting kepada keimanan Kristian
termasuk kewafatan Isa. di kayu salib, kebangkitan-Nya semula, keilahian-Nya,
dan bahawa Dia adalah Putera Allah, yang semuanya dianggap sebagai kufur
oleh Islam.
Bagaimanakah
Kita Mendoakan?
Mengenai doa,
kita harus menyedari bahawa kita berada dalam satu pertembungan rohaniah yang
cukup hebat, dan perlu dalam doa selalu menurut keperluan keadaan ini. Dalam
Efesus 6:12 kita membaca “Kerana pergumulan kita bukanlah menentang darah
dan daging tetapi menentang pemerintah-pemerintah, menentang pihak-pihak
berkuasa, menentang kuasa-kuasa duniawi yang gelap ini dan menentang
kuasa-kuasa roh jahat di dalam alam roh.”
Kita perlu mengasihi dan mengambil berat tentang orang-orang Islam dan
menyampaikan utusan Injil dengan mereka. Tetapi kita juga perlu menyedari
pelbagai implikasi yang mungkin sekali akan menyusul apabila kita mempunyai
hubungan yang rapat dengan agama Islam. Kita boleh menjadi terikat kepada Islam
bila kita memasukinya dan lepas itu kita tidak lagi berupaya melihat Kristus.
Mata mereka menjadi tertutup kepada isu-isu kerohanian. Islam adalah satu agama
yang teratur, tetapi terdapat kuasa-kuasa roh yang bekerja di sebaliknya, dan
kuasa-kuasa ini bukanlah kuasa-kuasa yang neutral (berkecuali) tetapi
mereka berusaha secara aktif untuk menentang dan menghancurkan agama Kristian
dan perkembangannya. Kita boleh lihat ini berlaku dalam penindasan-penindasan
terhadap gereja di dunia Islam. Apabila seorang Kristian tampil menentang
kuasa-kuasa kegelapan ini, itu tidak lain dan tidak bukan satu pertembungan
rohaniah di antara Al-Masih dan Syaitan.
Jika kita mahu mencapai penembusan di dalam kehidupan mereka-mereka ini
yang kita kasihi itu, mereka yang sedang menimbangkan untuk menukar agama
kepada Islam, kita perlu menggunakan doa, sembahyang syafaat dan perjuangan
rohani, supaya kita mencapai pelepasan besar apabila bergumul dengan
kuasa-kuasa gelap yang masih menghambat mereka. Kerana kerja Al-Masih yang
telah selesai dan sudah beres di atas kayu salib, kita telah pun diberikan
kuasa, hak dan otoriti ke atas kuasa-kuasa kegelapan. Kita perlu berdoa atas
nama Sayidina Isa dan dengan kuasa darah Baginda yang tercurah agar kuasa-kuasa
jahat dapat ditolak dan orang yang terikat dapat dilepaskan. Di dalam Zechariah
4:6 firman Allah berbunyi “‘Bukan dengan kekuatan, bukan dengan kuasa tetapi
dengan Roh-Ku’ menyatakan Tuhan”.
Kesimpulan
Sejak bertahun-tahun ini saya telah mengenali ramai wanita yang telah
berkahwin dengan orang Muslim dan telah mendengar banyak kisah lain
mengenainya. Dalam majoriti kes perkahwinan seperti ini tidak berpanjangan atau
tidaklah hidup yang bahagia. Hati manusia begitu mudah mendusta; pada permulaan
perhubungan kita boleh melihat perkara-perkara pada aspek luaran dan ianya
nampak begitu menarik dan memukau, tetapi pada realitinya boleh merupakan
satu jalan menuju kebinasaan dan duka lara. Sangat pahit rasanya
apabila kita perlu menarik diri untuk melepaskan diri dari sesuatu pengalaman
buruk dan menanggung perasaan kegagalan. kehampaan dan rasa kehilangan harga
diri. Namun kadangkala wanita-wanita dalam keadaan itu mendapati bahawa adalah
lebih baik mereka keluar dan memulakan kehidupan yang baru.
Kita di Malaysia sudah pun alami kisah benar dan lagi amat menyedihkan
kerana akibatnya yang telah memporak-porandakan institusi kekeluargaan yang
suci itu! Apabila seorang ibu dipisahkan secara PAKSA daripada anak kandungnya
sendiri (yang berumur kurang daripada lima tahun)! Dan terpaksa mengharungi
'pemulihan' iman yang cukup runcing di 'pusat-pusat pemulihan akidah' tertentu.
Ini bukanlah satu pengalaman keibuannya yang wajar tetapi satu pencabulan hak
asasi manusiawinya yang cukup fitrah!
Dalam banyak karya-karya sastera, iktibar yang timbul daripada pilihan
atau keputusan salah yang membawa kepada akibat-akibat buruk dalam hidup,
misalnya kerana tindakan yang diperdayakan oleh lamunan 'perasaan menguasai
pemikiran rasional' sudah lama menjadi tema yang lazim. Para wanita hendaklah
berawas-awas selalu dari membuat keputusan-keputusan besar dalam hidup apabila
mereka sedang melalui keadaan mabuk cinta dan dilanda tarikan seksual. Apabila
wanita-wanita mengahwini lelaki-lelaki Muslim mereka mungkin berada dalam
kegilaan lamunan cinta romantis sehingga mereka dihanyutkan daripada kenyataan,
dan mereka kehilangan sementara keupayaan berfikir secara objektif mengenai apa
akibat-akibat yang akan timbul terhadap mereka melalui perbezaan-perbezaan
budaya dan agama di dalam rumahtangga itu nanti, dan juga apa kesan berat akan
timbul dari masalah-masalah ini yang akan menimpa anak-anak.
Wanita-wanita di barat dengan mudah sekali dapat diperdayakan sehingga
mengahwini lelaki-lelaki Muslim walau pun atas matlamat "ada udang di
sebalik batu" dan bukanlah untuk kebaikan atau kesejahteraan sejati
wanita-wanita itu. Mereka ini mudah sekali menjadi sasaran oleh perancangan
sulit untuk mengahwini mereka, dan walaupun ada wanita yang bersumpah ini tidak
berlaku kepada mereka, ramai wanita yang berfikiran begitu akhirnya mendapati
mereka sebenarnya tersilap. Mungkin juga terdapat pendustaan mengenai
latar-belakang dan sejarah si lelaki itu. Lelaki-lelaki Muslim biasanya
berkahwin sebelum mencapai umur 30 tahun, oleh itu seorang lelaki Muslim yang
nampaknya bujang yang berusia lebih 30 tahun berkemungkinan sudah pun mempunyai
sekurang-kurangnya seorang isteri atau merahsiakan hakikat mengenai sejarah
diri. Hakikat bahawa dia mahu berkahwin secepat mungkin selepas berkenalan atau
mahu berkahwin secara rahsia besar kemungkinan bermakna dia menyembunyikan
sesuatu niat terpendam dalam rancangannya untuk menikah.
Jurang budaya di antara dunia barat dan Islam juga adalah sangat lebar.
Ramai wanita tidak pun menyedari bahawa lelaki-lelaki Muslim mempunyai
norma-norma dan kemahuan-kemahuan dalam jiwa mereka yang mereka akan dapati
mustahil untuk diubah. Ramai wanita berfikir lelaki akan berubah apabila sudah
berkahwin atau wanita-wanita itu akan dapat mengubah mereka, tetapi ini jarang
sekali berlaku. Yang sering berlaku ialah hakikat bahawa pihak wanita juga yang
akan terpaksa menyesuaikan diri dan menerima budaya suami mereka serarus peratus.
Seorang wanita yang berkahwin dengan seorang Muslim tidak lagi akan
dapat berkelakuan atau kebebasan dengan cara yang sama seperti wanita-wanita
lain di barat, kerana seluruh hidupnya akan tertakluk kepada prinsip “maruah
atau malu”. Dia tidak mempunyai kebebasan di kalangan sahabat handainya untuk
membincangkan secara terbuka segala kesusahan dan masalahnya, kerana itu akan
membawa malu kepada keluarga. Dia juga tidak dapat melakukan perbualan atau
menjalin apa pun jenis persahabatan dengan mana-mana lelaki, kerana ini akan
dipandang sebagai “mempunyai hubungan sulit”. Dia akan terpaksa menerima bahawa
dalam mengurus keluarganya, anak-anak lelakinya adalah lebih penting daripada
puteri-puteinya dan mempunyai status yang lebih tinggi dalam masyarakat Islam.
Dia akan terpaksa menyedari bahawa suaminyalah yang mempunyai otoriti mutlak di
dalam keluarga dan dia akan menghadapi sekatan-sekatan keras terhadap apa juga
percubaannya untuk menyatakan pendapat atau pendirian. Ramai lelaki Muslim
mengahwini wanita-wanita barat yang jauh lebih tua dari mereka, dan tidak
dianggap luarbiasa jika perbezaan umur mereka hingga 15 tahun atau lebih.
Bagaimanapun adalah dianggap tidak sesuai dalam budaya Islam jika seorang
isteri lebih tua dari suaminya, dan ini dipandang serong. Seorang wanita yang
menimbangkan untuk berkahwin dengan seorang lelaki Muslim yang lebih muda harus
bertanya kepada dirinya sendiri, “Apakah sebabnya dia mahu mengahwini aku?”
Ramai wanita tidak menyedari bahawa bila mereka mengahwini seorang
Muslim adalah menjadi tradisi bagi pasangan itu pergi tinggal bersama
ibubapanya di rumah mereka. Di sini dia akan terpaksa melakukan semua
kerja-kerja dalam rumah dan memasak dengan pengawasan yang rapat oleh ibu
mertua, dan dalam banyak keluarga si isteri akan dianggap tidak lebih dari
seorang hamba abdi. Apa yang tidak pernah disebut ialah di sebilangan
masyarakat Muslim, seorang suami akan mempunyai kasih sayang yang lebih
terhadap ibunya daripada terhadap isterinya, dan di sinilah kepatuhan dan kesetiaannya
terletak.
Langkah untuk memeluk agama Islam akan mempunyai kesan dan akibat yang
serius terhadap keluarga dan sahabat handai. Keluarga-keluarga mungkin akan
memandang tindakan itu sebagai tindakan untuk memecah-belahkan mereka atau
meletakkan batu pemisah antara ahli-ahli keluarga. Seorang ibu mungkin akan
mendapati dirinya amat susah untuk menerima seorang anak perempuan yang sudah
menjadi Muslim dan memakai pakaian Islam yang "menutup segala aurat",
seperti burqa dan hijab. Dia mungkin sekali akan merasa kehilangan
seorang puteri kesayangannya.
Kini semakin menjadi kebiasaan apabila seorang gadis mengahwini seorang
lelaki Muslim dia akan memutuskan hubungannya dengan keluarga. Ia sering
berlaku secara beransur-ansur dan ini mungkin menjadi petanda bahawa suasana
perkahwinannya semakin buruk, atau si suami bertambah kolot dan ada banyak
hal-hal lain yang mendesak. Si suami mungkin menuntut agar si isteri memakai hijab,
tudung atau burqa atau dia semakin mengongkongnya di dalam rumah.
Dia juga mungkin mendesak agar si isteri memutuskan hubungan dengan keluarga
asalnya sama sekali. Semua ini boleh menjadi satu tekanan yang berat kepada si
isteri dan keluarga asalnya yang tidak faham apa yang sedang berlaku. Pihak
isteri akan hidup dalam sangat ketakutan dengan apa yang berlaku di dalam
rumahtangganya dan merasa terlalu gementar untuk memberitahu sesiapa pun. Saya
sendiri mengetahui kisah seorang wanita yang menderita tekanan-tekanan yang
menyiksakan ini. Dia mendapati dirinya amat sukar untuk makan dan menjadi
semakin kurus. Jika keadaan ini berlaku adalah bijak bagi pihak keluarga
mengunjungi orang itu sewaktu siang apabila suaminya berada di tempat kerja.
Adalah sangat perlu agar hubungan dan dialog dijalinkan di antara mereka.
Akhir kata, adalah jauh lebih memanfaatkan bagi semua pihak jikalau
pihak bukan-Islam dimaklumkan segala fakta-fakta serta akibat-akibat yang
relevan tentang tindakannya mahu menikah dengan seorang beragama Islam,
terlebih dahulu. Oleh sebab, Islam tidak mengamalkan kebebasan beragama yang
sebenar atau sejati! Islam adalah 'agama jalan sehala' atau 'one way
street religion'. Tidak seperti agama-agama yang lain, seperti agama
Kristian, yang tidak mengutuk, menganiaya dan 'menghentam' dengan kerasnya
bekas penganut-penganutnya. Islam mengadakan larangan yang sangat keras ke atas
orang Islam yang mahu meninggalkan agama itu. Menurut sunnah Islam
sendiri, mereka yang keluar dari Islam harus dijatuhkan hukuman mati! Oleh itu,
jika seorang wanita bukan-Islam telah diceraikan oleh suami Islamnya (dan
wanita itu sudah pun masuk Islam untuk berkahwin dengannya), dan dia mahu
kembali kepada agamanya yang asal (bukan Islam), dia terpaksa mengharungi
banyak sekali rintangan-rintangan dan kesusahan yang cukup pahit - seperti kehilangan
anak-anaknya, kehilangan haknya atas apa-apa harta benda atau warisan pusaka
daripada bekas suaminya dan kerumitan-kerumitan yang lain! Hal-hal seperti
inilah HARUS diperjelaskan terlebih dahulu kepadanya.